Saturday, February 19, 2011

takde rasa sakit lagi bila keluar hospital...

mau nyer tak sakit kalau keluar hospital tgk bill dekat 10 ribu..bukan tak ada solution..ada..buat perancangan awal.....dapatkan medical card ..terbaek dari Prudential la...sekeping medical card tu minima bernilai setengah juta untuk digunakan seumur hidup. ok tak kalau u ada medical card ni? berminat hubungi saya Razmi 019 355 7346

Monday, February 14, 2011

Mengapa anda perlukan Takaful/Insuran berbanding dengan membuat simpanan sendiri?

TABUNGAN 

Setiap bulan anda melakukan penjimatan RM200. Akhir tahun, jumlah keseluruhan akumulasi RM2400 + + (termasuk bunga) (0.3% jika tabungan sebesar 3% jika Deposit Fix, 7% jika ASB) dan anda terus menyimpan sehingga 5 tahun lamanya.

Setelah menyimpan selama 5 tahun,jumlah yang terhasil adalah sebanyak RM12, 000 + + .
Sayangnya, Satu hari anda berjumpa doctor, dan anda didiagnosis untuk kanser peringkat awal yang memerlukan RM50, 000 untuk kos perubatan.
Terima kasih atas tabungan anda, anda mempunyai RM12, 000 tapi anda masih memerlukan RM38, 000. 

Anda mempunyai tiga pilihan untuk mendapat bantuan kewangan bagi membantu membiayai kos rawatan

* Keluarga dan teman-teman - Mereka akan cuba yang terbaik untuk membantu anda. Tapi untuk meminjam  RM38, 000 hampir mustahil kecuali jika anda mempunyai saudara mara yang sangat kaya.

* Anda Menjual aset -  Anda mungkin mempunyai satu atau dua aset yang boleh dijual. Tapi itu memakan masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menjual rumah misalnya.

. * Cari Sumbangan -  untuk melihat anda di televisyen, orang-orang yang mencari sumbangan untuk diri sendiri atau anak-anak mereka. Perlu wang untuk operasi atau rawatan. Jika anda benar benar tidak mempunyai saluran lagi atau benar-benar miskin, anda telah memenuhi syarat untuk mencari sumbangan di bawah program televisyen. Tapi, anda adalah salah seorang eksekutif di salah satu syarikat besar, anda tidak akan mendapatkan bantuan oleh program sumbangan kerana ada orang yang lebih memerlukan di luar sana. Malah pasti kawan kawan lama anda di Universiti dulu terkejut melihat anda didalam TV.

TAKAFUL/INSURANS

Setiap bulan anda melakukan penjimatan RM200.
Akhir tahun, jumlah akumulasi RM2400 + + (bunga Termasuk) (8% -9% pada InvestmentLink atau merancang Takafulink) .
Jika sesuatu hal yang buruk terjadi pada anda, kematian atau lumpuh secara keseluruhannya, Jumlah Wang RM100, 000 sebagai pampasan akan diberikan kepada anda atau waris anda.
(Bahkan jika anda baru sebulan membayar insuran anda,anda layak menerima pampasan ini.)

Setelah tempoh 5 tahun. Sejumlah RM12, 000 + + telah terkumpul.
Sayangnya, anda didiagnosis untuk tahap Kanser awal yang perlu RM50, 000 untuk kos rawatan. 
Anda tidak perlu bimbang kerana Kad Perubatan ( Medical Card ) akan membayar untuk kos perubatan anda yang mana kad ini boleh digunakan sehingga       RM500, 000 untuk seumur hidup. 

Ditambah lagi dengan  RM20, 000 pampasan kerana anda telah menghidapi dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal.

Plus, bila anda dirawat di hospital, anda akan menerima RM200 pada setiap hari sebagai manfaat hospital. 

Jika anda tidak boleh bekerja dan tidak ada wang untuk membayar premium anda, plan Contributors akan terus membayarnya ( Percuma ). Sebagai hasilnya, anda masih menerima Perlindungan dan tabungan anda masih terus tumbuh sampai usia 70. :-)

Anda rasa mana satu yang ok? hubungi saya Razmi 019-3557346 untuk saya buatkan satu plan yang sesuai untuk anda.

Ayat pertama didalam artikel ini menyebut bahawa " wang gaji suami tersekat di bank, anak anak terpaksa berhenti sekolah selepas keluarga dihimpit masaalah kewangan dan isteri hilang punca untuk meneruskan kehidupan''

Sewaktu kelam kabut untuk menguruskan En rahman untuk ke hospital, dokumen penting seperti kad pengenalan dan kad bank hilang menyebabkan kesukaran untuk ahli keluarga mengeluarkan wang yang ada bagi menyara kehidupan .

Apa yang kita dapat pelajari dari artikel diatas? Dan mengapa anda perlukan takaful/Insuran segera ?
Apakah kelebihan sekiranya kita mengambil persediaan awal dengan mula mengambil takaful/insuran disaat kita masih sihat ini. Berikut adalah apa yang insuran/takaful boleh bantu membantu untuk risiko seperti diatas:

1. Pampasan untuk kematian/lumpuh kekal keseluruhan

2. Pampasan untuk sakit kritikal

3. Kemalangan ( mati / Lumpuh )

4. Simpanan berterusan

5. Medical Card

6. Bayaran Bulanan Percuma ( apabila berlaku perkara number 2 )


Tanya diri Anda, sudah kah anda dilindungi? Bertindak sekarang untuk meniggalkan bekalan
selesa untuk keluarga Anda disaat yang tak disangka sangka.

Tepuk dada..tanya hati anda

Sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya Razmi 019 - 355 7346

*gambar credit pada blog Aziz 








Sunday, February 13, 2011

14hb Febuari!

Esok 14 febuari saya akan bukak booth Prudential Bsn Takaful di Maybank Kepong yang berdekatan dengan KFC dan Mcd. Maybank di bahagian belakang. So kepada sesiapa yang nak berjumpa dan dapatkan penerangan lanjut mengenai faedah dan kelebihan produk Pru-Bsn Takaful ni. Boleh jumpa saya disana. Saya akan ada disana bermula dari jam 2 petang sebab pagi saya ada apoiment di Tasik Permaisuri Cheras. Boleh hubungi saya di 019-355 7346.Terima Kasih

Friday, February 11, 2011

Bermula..

Assalammualikum kepada pembaca dan sahabat handai semua,
Posting pertama untuk Blog ini dimulakan dengan satu puisi untuk renungan bersama

Kita bukan isteri perdana menteri....
Kalau kita isteri perdana menteri, kita tak perlu takut sbb semua free,
sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi kanser di L.A US,
Ratus - ratus ribu, high class facilities,
Kerajaan tanggung in and out,
buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri Hendon,

Kita bukan Azean Irdawati,
Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro, Utusan dan macam2 mintak derma,
masuk TV3 mintak ringankan beban,
mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
setahun 3 filem dah RM 180 000, banyak gaji Pn Azean ni,
Tak masuk drama dan iklan,
Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi.....
Gaji you + husband ada RM 180 000 setahun ? RM 100 000 ?
RM 30000 ? alahai sedihnyer....

Kanser tak pilih bulu,
hari ni sihat bulan depan tengok2 kanser dah stage 3,
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
1dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ????
bila giliran kiter agaknyer ??
Hospital kerajaan yang macam pasar basah tu boleh setel cepat ker?
Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding....
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,sedangkan doktor kerajaan pun byk yg amik insuran..
Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan,
mcm mana nak cepat sbb kita bukan isteri perdana menteri....
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
hospital swasta paham2 lah, bisnes tetap bisnes,
RM 20 000, buat kimo sajer, satu cycle jer,
tak masuk rawatan yang lain,
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah, ada yang bergadai tanah,
Kos rawatan + kos sara hidup ( dah sakit tak bleh p kerja dah...)
Boleh cecah RM 100 ribu..ada yang lebih..
Kalau duit rawatan + duit sara hidup + kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?
Simpan RM 200 sebulan di ASB pun 10 tahun belum cukup RM 100 000..
Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik Modal + Investment...
fahamilah apa yg saya cuba sampaikan..

Setengah orang kedekut..
kalau tak kedekut mungkin tak paham,
beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaye,
beli emas Ribu - ribu sanggup,
tap nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal,
sedangkan benda ni wajib + penting,
dana kecemasan la katakan,
kalau ada RM 150 000 dalam bank hari ni takper,
tapi kalu ada kecemasan RM 150 000 kena guna, habis lah duit you,
kene kumpul balik, kan ker baik kalau orang lain bagi RM 150 000 utk kecemasan,

Mahal ?
RM 200 mahal? RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????
Orang Cina bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja,
Orang Cina bila dapat 1st gaji, diorang pikir Investment, pikir Insurance,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta aper, sport rim 17 inci wajib,
Perancang kewangan kater utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan,
Gaji RM 2500/sebulan patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan, Wira second ok la../kenari second ker..utk permulaan.....
Tapi ramai tak ikut..gaji RM 2500, beli kereta Honda City RM 600/sebulan.....24% dah tuh..
Perancang kewangan kater, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan, 40 % utk investment, dana persaraan, insurance,
Orang melayu 99% gaji utk hutang + belanja sara hidup...1 % utk simpanan...
Beraper kerat jer orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerjer,
Bila orang suruh beli takaful / insurance.....mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......
pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua....

untuk pekerja kerajaan..
Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
Betul tu,
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm maner,
Kita bukan isteri Perdana Menteri,
Bukan juga adik Menteri,
Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan, US lagi tuh,
Pegawai jabatan jer ? clerk jer ? Pegawai sains jer ?
Ketua Jabatan ? Pensyarah ? Ok la skit dengar bunyik nyer,
OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni,
OK tunggu result 2 minggu,
OK kena tunggu giliran buat pembedahan, mungkin 3 bulan lagi,
Senarai list 10 muka surat, tahun depan pun ada nak dapat giliran,
mintak maaf cakap, inilah realiti......

Orang kerja Swasta pula,
ada kerja Multi Nasional Company...
Majikan Cover la katakan...
Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ?
8 bulan kena kanser tak p kerja Majikan nak cover lagi ker beb ????
pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah...
86% warge tua melayu sekarang tiada coverage insurance..
golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an...tengah kuat kerja mcm kita,
tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang melayu, haram...
sekarang ada satu pilihan jer lah...hospital kerajaan...
kalau nak ke hospital swasta...kena cari dana sendiri...
EPF ? untuk persaraan pun tak cukup ini kan pula nak tanggung medical...
Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia,
Tapi sampai bila ?
Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia,
Bisnes is bisnes, bukan badan kebajikan atau walfare...
kalau kos operasi dah mahal...pegi tempat lain la jwbnyer..
nak beli takaful masa umur 55? Besar belanjer nyer beb..itu pun kalau layak...
Majikan paling besar dalam Malaysia adalah Kerajaan Malaysia,
Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..tak bungkus...
.
Kerja Kilang besar mana pun, risiko nak bungkus tetap ada,
US dah meleset, Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya...
Kat Malaysia pun operator kilang Melayu dah skit,,,berlambak Bangla, Vietnam , Nepal...murah...
Sikit hari lagi, depa pakat - pakat pindah Operasi p Bangla...
orang malaysia juga melopong
fahamilah apa yang saya cuba sampaikan in...

IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser,
Hospital Kerajaan nih,
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2 akan refer sini,
Sini ada golongan yg tak perlu bayar, atau bayar seminimum yg mungkin,
ada yang kena bayar 100%..bagi yag ada coverage insurance, atau TOKEY KILANG,
boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?
Cukup la loan rumah loan kereta dah beban dah.....
Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah....
Second group kena bayar skit....skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ? tengok kes ler...
So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group ??
Husband kerja, wife kerja...boleh bayar bulan - bulan aper ....

Ibarat guna Kad kredit ler,
Kad kredit Visa Jammed, Gunerlah pulak Kad Mastercard,
(Mana2 yg pakai kad kredit, stop dan tukar pada Kad Debit plak...)
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
Jahanam satu tayar, ada lagi satu tyre spare..
Sama juga kes you,
Mana boleh dapat rawatan kerajaan, pergi la takda masalah,
Tapi bila lambat dan waiting list panjang, pegi la hospital swasta nak cepat...( dengan coverage insuranse la yer...)

Kanser bila dah kena, keluarga merana,
isteri kena kanser suami merana,
suami kena kanser isteri merana,
kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer,
Kesian anak2...
Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..wau RM 5000,
satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..
dah la tak cukup...nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
kalau takdak insurans.....masuk paper ler mintak derma..
tanggung sakit memang perit,
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,
Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer,
Kalau dah sampai ajal, pergi jua...
Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik,
Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
sbb lambat dapat rawatan...why lambat ? tak der duit.....

Suami-suami yang menyayangi isteri...
Isteri - isteri yang menyayangi suami..
Lepas baca nukilan nih, bincang - bincanglah sesama sendiri,
Suami belikan takaful untuk isteri...
Takkan isteri nak beli untuk suami..
apa2 pun bolehlah...